Kerjasama Industri Halal Malaysia, Republik Kyrgyz Terus Dipergiat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov memeriksa kawalan kehormatan sempena lawatan rasmi beliau di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BISHKEK, 15 Mei – Kerjasama dalam pembangunan industri halal antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan terus dipergiat.

Hasrat tersebut dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, kedua-dua negara mengiktiraf kepentingan industri berkenaan yang dilihat semakin berkembang dalam pasaran global, sekali gus membuka peluang besar untuk membangunkan ekonomi negara.

“Kini bidang yang kita bincangkan termasuk industri halal yang mempunyai potensi yang sangat besar, sebab itu kita kumpulkan Menteri Hal Ehwal Agama Islam dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam (JAKIM).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov memeriksa kawalan kehormatan sempena lawatan rasmi beliau di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini sangat penting kerana jabatan yang berurusan adalah mengeluarkan pensijilan halal dan itu akan membantu untuk memudahkan perdagangan dan eksport. Kita sebut juga Tabung Haji dalam hal ini untuk jemaah haji ke Mekah bagi memudahkan pengurusannya,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Republik Kyrgyz di Kediaman Negeri Ala Archa.

Beliau diberi penghormatan memeriksa perbarisan kawalan kehormat sambil diiringi Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan memeriksa perbarisan kawalan kehormat sambil diiringi Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek. Foto X Anwar Ibrahim

Terdahulu Anwar sempat memberikan penghormatan di tapak peringatan, Ata-Beyit Bishkek.

Wartawan: Dian Fatiha Maknoh


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *