Kerajaan MADANI Terus Komited Dukung Penggiat Seni, Industri Kreatif – PM Anwar

IMG_6237

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan pementasan teater ‘Mansur & Liu’ di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Sep – Lebih banyak karya bermutu dapat dipersembahkan seperti pementasan teater sekali gus mampu mengangkat martabat seni dan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Komitmen tersebut dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di media sosial selepas menghadiri pementasan teater muzikal ‘Mansur dan Liu’ arahan seniman ulung Datuk M. Nasir di Panggung Sari, Istana Budaya, malam tadi,

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan pementasan teater ‘Mansur & Liu’ di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan MADANI akan terus memberi dukungan kepada penggiat seni dan industri kreatif seperti teater kerana karya sedemikian menggambarkan hubungan diplomasi, budaya dan sejarah antara Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan pementasan teater ‘Mansur & Liu’ di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tahniah dan syabas kepada Datuk M. Nasir serta seluruh warga produksi atas persembahan yang mengagumkan, sekali gus membuktikan bahawa hasil seni tempatan mampu diangkat ke tahap yang membanggakan dan berpotensi berdiri di pentas antarabangsa,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan pementasan teater ‘Mansur & Liu’ di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pementasan itu diadaptasi daripada karya agung Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin, yang menghidupkan kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu berlatar belakangkan suasana Kesultanan Melayu Melaka sekitar 1430-an Masihi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan pementasan teater ‘Mansur & Liu’ di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man dan para pegawai kanan kementerian dalam pementasan teater yang mengasyikkan dengan penggunaan puluhan props dan sinematografi gubahan penghibur tersohor itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan pementasan teater ‘Mansur & Liu’ di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut berkesempatan beramah mesra dengan barisan pelakon dan kru persembahan sekali gus mencerminkan penghargaan tinggi beliau kepada mereka yang berjaya menghasilkan naskah sejarah Melayu era kegemilangan Kesultanan Melaka ke pentas nasional.

Antara pelakon yang menjayakan pementasan selama kira-kira dua jam setengah itu ialah Aliff Aziz, Sherry Alhadad dan Hazama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan pementasan teater ‘Mansur & Liu’ di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web