Kerajaan MADANI Hargai Peranan SpaceX Perluas Liputan Internet Di Pedalaman – PM Anwar

IMG_6978

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi SpaceX di pejabatnya di Putrajaya pada 30 September 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 30 Sep – Kerajaan MADANI menghargai peranan dimainkan SpaceX menerusi peranti internet satelit Starlink dalam menyokong agenda peluasan liputan menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), khususnya bagi manfaat penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak serta penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Penghargaan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi SpaceX di pejabatnya di Putrajaya pada 30 September 2026. Foto PMO

Selain itu, usaha memperkukuh kerjasama melalui perkhidmatan internet satelit berkenaan bagi meluaskan capaian kualiti di kawasan pedalaman menjadi tumpuan perbincangan utama antara Perdana Menteri dengan delegasi SpaceX di sini, hari ini.

“Saya turut menyambut baik pengoperasian infrastruktur Point of Presence (PoP) Starlink di Cyberjaya bagi melancarkan trafik data tempatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi SpaceX di pejabatnya di Putrajaya pada 30 September 2026. Foto PMO

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menerima kunjungan hormat daripada delegasi SpaceX di Putrajaya yang turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Salim Fateh Din.

Pada pertemuan itu, SpaceX menyerahkan sebanyak 50 unit kit Starlink bagi menyokong kesiapsiagaan bencana negara serta memastikan ketersambungan internet diwujudkan pada setiap masa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi SpaceX di pejabatnya di Putrajaya pada 30 September 2026. Foto PMO

Sehubungan itu, Anwar berkata, kemajuan teknologi mesti membawa manfaat yang nyata kepada rakyat.

“Seiring peluasan capaian Internet, keselamatan siber, perlindungan data serta penggunaan Internet yang selamat mesti terus diberi keutamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi SpaceX di pejabatnya di Putrajaya pada 30 September 2026. Foto PMO

“Kita mahu memastikan masyarakat di pedalaman turut menikmati capaian Internet yang berkualiti dan selamat supaya mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan negara,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *