Kerajaan Longgar Perolehan Mudah Cara Pelaksanaan Kampung Angkat MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Kampung Angkat MADANI peringkat Kebangsaan di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Jul – Kerajaan menetapkan beberapa kelonggaran perolehan berbanding tatacara perolehan sedia ada khususnya untuk memudah cara pelaksanaan Kampung Angkat MADANI di seluruh negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata setiap ketua setiausaha kementerian, ketua perkhidmatan dan ketua pengarah turut diamanah untuk memantau pelaksanaan projek di kampung terbabit bagi memastikan kerja pelaksanaan penaiktarafan kemudahan asas disiapkan sepenuhnya dalam tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Kampung Angkat MADANI peringkat Kebangsaan di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Justeru, katanya komitmen kerajaan negeri dalam memastikan usaha memelihara dan menyelenggara infrastruktur asas ini adalah amat diharapkan demi menjamin kelangsungan dan kemampanan manfaatnya dinikmati penduduk dan komuniti kampung secara berterusan.

“Kelonggaran pertama adalah kebenaran pelaksanaan secara gotong-royong dengan had sehingga RM500,000 dilaksanakan oleh komuniti setempat dan disediakan secara pemberian terus.

Kedua, had nilai lantikan terus ditingkatkan sehingga RM200,000 dengan tumpuan kepada kontraktor tempatan G1 dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan elaun sara hidup nelayan ketika meluncurkan Kampung Angkat MADANI peringkat Kebangsaan di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketiga, had nilai perolehan kerja requisition secara undian ditingkatkan sehingga RM200,000 dengan tumpuan kepada kontraktor tempatan G1 dan berdaftar dengan CIDB,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang meminta penjelasan berhubung kelonggaran perolehan yang diberikan untuk mempercepat pelaksanaan projek di Kampung Angkat MADANI.

Selain itu, kerajaan juga menetapkan kelonggaran membabitkan had nilai sebut harga yang ditingkatkan kepada melebihi RM200,000 sehingga RM1 juta dengan tumpuan kepada kontraktor tempatan Bumiputera G2 dan G3 yang berdaftar dengan CIDB.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan kanak-kanak ketika meluncurkan Kampung Angkat MADANI peringkat Kebangsaan di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata pengecualian di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182) turut diberikan kepada projek yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana selain daripada Jabatan Teknik (JKR dan JPS).

“Kerajaan turut memberikan pengecualian kepada pematuhan pelan pra kelulusan (PAP) dan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) sekiranya berkaitan.

“Kelonggaran lain merangkumi pengecualian penggunaan sistem ePerolehan; pengecualian terhadap penggunaan kontrak pusat atau kontrak panel berpusat dan kebenaran untuk mempakejkan perolehan tahunan,” katanya.

– Oleh Fahmy A Rosli


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *