Kerajaan Bertindak Ke Atas Pusat Pelacuran Dipercayai Punyai Elemen Sogokan – PM Anwar

Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan perasmian program Forum MADANI Global 2024 yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir serta Timbalannya, Datuk Ts. Mustapha Sakmud di ibu negara pada Khamis. Foto X KPT

KUALA LUMPUR, 11 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan wujudnya elemen sogokan sehingga menyebabkan pusat pelacuran sekitar ibu kota sukar dibendung atau dihapuskan sejak bertahun-tahun.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, Kerajaan Perpaduan sudah mengambil tindakan agak keras sejak tahun lalu berdasarkan elemen terbabit bagi menangani situasi berkenaan.

“Menteri Wilayah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa) memang ditugaskan bersama Datuk Bandar (Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh) kerana hal ini dibiarkan sekian lama, …termasuk semasa kerajaan dahulu, itu kena faham.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan perasmian program Forum MADANI Global 2024 yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir serta Timbalannya, Datuk Ts. Mustapha Sakmud di ibu negara pada Khamis. Foto X KPT

“Saya percaya jika ada sarang pelacuran, sarang perjudian haram, semua ini mesti ada elemen sogokan,” katanya selepas merasmikan Forum Global MADANI 2024 di sini pada Khamis.

Anwar diminta mengulas berhubung kejayaan Indonesia menutup pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara, Dolly di Surabaya.

Sebelum ini, sebuah akhbar membongkar mengenai lubuk kegiatan pelacuran di ibu negara yang sudah berdekad-dekad lamanya wujud dan tidak selesai dihapuskan.

Menerusi laporan Harian Metro bertajuk Hanyir Lubuk Dosa, mendedahkan lubuk kegiatan pelacuran tertua sekitar Pudu, Kuala Lumpur termasuk pelacur yang bersepah mencari pelanggan di sebuah medan selera di Jalan Gelang dan Jalan Kalong diserbu.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan turut menyiasat perkara terbabit selain penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *