Kerajaan Akan Kaji Cadangan Tambah Baik Ekosistem Industri Teksi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan ahli-ahli daripada Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) yang diterajui oleh Kamarudin Hussain. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kerajaan akan mengkaji cadangan penambahbaikan ekosistem industri teksi bagi memastikan kebajikan sekitar 40,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia terus dipelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah dikunjungi oleh ahli-ahli daripada Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) yang diterajui oleh Kamarudin Hussain.

“Dalam sesi di pejabat saya hari ini, saya telah mendengar beberapa cadangan penambahbaikan ekosistem industri teksi termasuk bagi memastikan kebajikan sekitar 40,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia terus dipelihara.

“Saya telah memberikan komitmen supaya cadangan yang telah dikemukakan ini akan disemak dan diteliti oleh kerajaan agar satu pendekatan yang lebih adil dapat dilaksanakan dalam memastikan kelestarian industri teksi.

“Didoakan agar usaha yang dirancang ini mampu meningkatkan taraf hidup pemain industri teksi dan mutu perkhidmatan teksi kelak, Insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *