Kerajaan Akan Bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai Ini – PM Anwar

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka. Foto X Jabatan Belia dan Sukan Negara

MELAKA, 25 Mei – Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan mengambil langkah membentangkan rang undang-undang berkenaan, selepas mendapat usul daripada golongan belia sebelum ini.

“Baru-baru ini ada usul daripada belia-belia. Dia minta supaya adakan Suruhanjaya Gig kerana puluhan ribu malah mencecah 100,000 anak-anak muda (bekerja) dalam (sektor) ekonomi gig.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka. Foto X Jabatan Belia dan Sukan Negara

“Kerajaan terus (rangka) dan kita telah siapkan undang-undang (Suruhanjaya Gig) dan insya-Allah boleh dibentangkan di Parlimen pada Julai akan datang, dan bila kita dengar suara belia, kita cuba bukan sekadar santuni tapi kita laksanakan (permintaan belia),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan timbalannya Adam Adli Abdul Halim.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *