Kemenangan PH Bukti Kerjasama Parti Perpaduan Lanjutkan Kesinambungan Pimpinan PM Anwar – Andre Lai

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai membantu ‘flashmob’ merayu pengundi luar balik kampung di persimpangan jalan sekitar KKB pada Jumaat. Foto Facebook Andre Lai

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) membuktikan kerjasama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menemui sinar baharu bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini ditambah lagi dengan komitmen parti-parti dalam kerajaan membantu calon dari DAP, Pang Sock Tao dengan pendekatan A, B, C, D dan E seperti yang ditegaskan Ketua Unit War Room Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan sejak awal lagi.

Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai, kemenangan Pang Sock Tao menjadi titik tolak kerjasama Perpaduan mampu diperkasa terutama dalam menangkis naratif kempen pembangkang yang mula ditolak orang Melayu setelah melihat kesungguhan jentera kempen berkampung hampir sebulan lalu.

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai membantu ‘flashmob’ merayu pengundi luar balik kampung di persimpangan jalan sekitar KKB pada Jumaat. Foto Facebook Andre Lai

“Pendekatan mesra rakyat dan menawarkan penyelesaian kepada isu-isu rakyat meyakinkan pengundi DUN KKB bahawa hanya Kerajaan Perpaduan mampu membantu mereka meningkatkan taraf hidup rakyat bukan saja di KKB bahkan di seluruh negara,” ujarnya ringkas ketika mengulas kemenangan Pang semalam.

Selain mengenali keluarga Pang yang juga berasal dari Ampang, Selangor, beliau juga berkata, kestabilan kepimpinan Anwar juga antara faktor utama mengapa pengundi KKB mengundi calon Perpaduan setelah melihat ketiga-tiga wakil rakyat dalam parlimen Hulu Selangor gagal menyelesaikan isu rakyat sehingga kini.

”Kesempatan ini juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti Perpaduan yang bekerja keras memastikan calon kita menang dengan majoriti selesa lantas memberi mesej kestabilan dan perpaduan yang diinginkan rakyat,” tambahnya.

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai (kanan) bersama membantu kempen calon Perpaduan Pang Sock Tao di sekitar Kerling dan Batang Kali baru-baru ini. Foto Facebook Andre Lai

Pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu, semalam, Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi, menewaskan tiga pencabarnya, iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu memperoleh 14,000 undi, sekali gus mempertahankan kerusi itu yang dimenangi DAP sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Lebih manis, enam daripada lapan Daerah Mengundi (DM) yang mempunyai majoriti Melayu turut berjaya dirampas berbanding ketika PRN-15 Ogos tahun lalu.

Hanya dua DM gagal dimenangi iaitu Ampang Pecah dan Bandar Utama Batang Kali namun sudah pastinya isyarat kemenangan ini akan mengubah senario demografi di dua kawasan itu apabila Sock Tao membuka pejabatnya Selasa ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *