Kemenangan DAP Di Kuala Kubu Baharu Penting Untuk Palestin

Pertemuan Anwar dan Presiden Recep Tayyip Erdogan di Istanbul tahun lalu menunjukkan keakraban dua pemimpin dunia Islam yang sedang berjuang membela nasib rakyat Palestin di Gaza. Foto AFP

PENDAPAT, 13 Mei – Kenyataan ni memang nampak janggal. Tapi inilah kenyataannya.

Kita semua tahu bahawa pada satu ketika Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan diangkat sebagai hero umat Islam, namun kini Presiden Erdogan sedang bergelut dengan masalah inflasi dan ekonomi negaranya yang membuatkan dirinya dan partinya ditolak oleh rakyat.

Pada pemilihan Presiden Turkiye Mei tahun lepas, tiada calon yang berjaya melepasi 50% undi pada pusingan pertama. Ini memaksa pemilihan pusingan kedua. Erdagon kemudianya menang dengan hanya 52.14% undi.

Pada pilihan raya tempatan di Turkiye, Parti Erdagon, AKP telah kalah kepada parti pembangkang. Sebelum itu beberapa bandar utama Turkiye telah berjaya dirampas oleh pihak pembangkang.

Kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkukuhkan kedudukan dalam negara bagi melontarkan suara Palestin di pentas antarabangsa. Foto Bernama

Perkara ini menyebabkan Presiden Erdagon tidak lagi lantang untuk bercakap soal umat Islam termasuk di Palestin walaupun Israel kini hebat membantai rakyat Palestin.

Ini kerana politik dalaman Turkiye sendiri yang kurang stabil dan ditolak oleh rakyat dalam beberapa siri pilihan raya.

Erdagon seolah-olah telah memberi ‘baton’ kepada PMX Anwar Ibrahim. Anwar yang dilantik pada November 2022 setelah partinya, KEADILAN berjaya membentuk kerajaan bersama beberapa parti utama lain.

Anwar Ibrahim tidak mengambil masa lama untuk menjuarai isu umat Islam khususnya di Palestin. Anwar telah bercakap soal Palestin dalam persidangan ASEAN dan UNGA malah APEC di San Francisco serta pertemuan dengan pemimpin utama dunia.

Pertemuan Anwar dan Presiden Recep Tayyip Erdogan di Istanbul tahun lalu menunjukkan keakraban dua pemimpin dunia Islam yang sedang berjuang membela nasib rakyat Palestin di Gaza. Foto AFP

Bagi memastikan Anwar Ibrahim kekal lantang bersuara untuk umat Islam khususnya di Palestin, parti Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan perlu kuat dan dilihat kuat.

Jika parti dari Kerajaan Perpaduan kalah walaupun dalam PRK, ia akan membantu pembangkang untuk menggugat kedudukan Anwar.

Ejen-ejen Israel akan menggunakan pelbagai cara seperti memberi bantuan untuk menekan dan mengucar-kacirkan pemerintahan Anwar.

Hanya Anwar satu-satunya pemimpin Islam di dunia ini yang lantang membantah pembantaian umat Islam di Palestin. Perkara ini diakui sendiri oleh Mufti Besar Australia Syaikh Abdul Quddoos.

Anwar berani berdepan bukan sahaja dengan Israel, tetapi juga Eropah dan Amerika.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di bandar Manggarai Barat, Kepulauan Flores di Wilayah Nusa Tenggara Timur pada 10 Mei 2024. Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta bermula 5 September 2024. Foto Bernama

Untuk pengetahuan, Malaysia yang diketuai oleh PMX Anwar akan menjadi Pengerusi ASEAN untuk sesi 2025.

Ini akan menjadikan PMX Anwar lebih dihormati dan mempunyai vokal yang lebih kuat.

Sokongan padu rakyat Malaysia dan keupayaan untuk mempertahan kemenangan dalam mana-mana pilihan raya amatlah penting untuk PMX Anwar untuk terus menjadi wakil suara umat Islam khususnya dan kemanusiaan sejagat amnya.

Tahniah diucapkan kepada rakyat Kuala Kubu Bharu yang telah membuat keputusan tepat untuk mengekalkan wakil Kerajaan MADANI di sana.

Fairul al-Qasas
Ketua Penerangan Keadilan Cabang Kuala Krau


Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Harapan MADANI


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *