Kemalangan Maut Babit Lori, Lebuh Raya PLUS ‘Lumpuh’

IMG_2292

Rakaman video di lokasi kemalangan maut membabitkan lori di Lebuhraya PLUS arah selatan dari Sedenak ke Kulai pada 23 Jun 2026.

JOHOR BAHRU, 23 Jun – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan ‘lumpuh’ apabila berlaku kesesakan kira-kira 9 kilometer di kedua-dua arah pagi tadi, susulan insiden kemalangan maut di Kilometer 31.8 arah Selatan dari Sedenak ke Kulai.

Insiden yang berlaku berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai itu menyebabkan beberapa buah kenderaan berat dan kereta marak terbakar, sehingga mengakibatkan asap hitam tebal ke udara.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsiannya memaklumkan, satu lencongan mandatori (mandatory exit) telah dilaksanakan serta-merta di Plaza Tol Sedenak bagi mengurangkan kepadatan kenderaan yang terperangkap.

Tangkap layar siaran langsung oleh pengguna Fattahrashidz di TikTok nahas di KM 31.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dari Sedenak ke Kulai pada 23 Jun 2026.

Dalam masa sama, LLM turut melaporkan kesemua lorong menuju ke arah Selatan dilaporkan masih terhalang sepenuhnya.

“Bagi arah Utara pula, lorong kanan turut terhalang dan hanya lorong kiri sahaja yang boleh dilalui oleh kenderaan buat masa ini,” katanya.

Menerusi sebuah siaran langsung (live) di TikTok oleh pengguna Fattahrashidz, kelihatan kelihatan keadaan di lokasi kejadian sangat tragis dengan keadaan sebuah lori musnah akibat hangus terbakar.

Sisa-sisa muatan yang dibawa lori berkenaan turut bertaburan di atas lebuh raya, manakala pasukan bomba dilihat sedang bertungkus-lumus mengawal keadaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web