Kemalangan Cetus Kesesakan Lebih Tujuh Kilometer

Keadaan kemalangan di Kilometer 110.4 dari arah Yong Peng (Utara) menghala ke Pagoh pada 23 Oktober 2026.
MUAR, 23 Okt – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara mengalami kesesakan sepanjang 7.3 kilometer susulan satu kemalangan di Kilometer 110.4 dari arah Yong Peng (Utara) menghala ke Pagoh, malam tadi.
Menerusi maklumat rasmi trafik PLUS pada jam 9.08 malam, insiden berkenaan mengakibatkan laluan di lorong kiri terhalang dan memerlukan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan.
Pasukan peronda lebuh raya dan petugas kecemasan telah digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan serta melancarkan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan.

Pihak PLUS menasihatkan semua pengguna lebuh raya agar sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta meningkatkan tahap tumpuan ketika memandu.
“Patuhi had laju yang telah ditetapkan dan berhati-hati memandu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
