Kelantan Pecah Rekod, Sah Jadi ‘Lauk Kenduri’ Liga Super

Keputusan Liga Super antara Kelantan dan Sabah malam ini. Foto Facebook Sabah Football Club

SHAH ALAM, 20 NovKelantan FC mencipta sejarah tersendiri apabila dibolosi sebanyak 102 gol dalam 23 aksi Liga Super setakat ini, selepas dibelasah 0-7 kepada Sabah FC pada perlawanan di Stadium UiTM, di sini malam ini.

Jelas skuad kendalian Angel Alfredo Vera terus menjadi mangsa belasahan pasukan Liga Super dengan terbaharu mudah diratah Sabah FC hingga dibolosi tujuh gol.

Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee mendahului seawal minit ke-25 menerusi sepakan penalti yang disudahi Jafri Firdaus Chew.

Sabah FC yang kehilangan empat tonggak utama kerana beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tidak menghadapi masalah untuk menambah dua lagi gol menerusi Farhan Roslan dan Rizal Ghazali, sekali gus menjadikan kedudukan 3-0 pada babak pertama.

Keputusan Liga Super antara Kelantan dan Sabah malam ini. Foto Facebook Sabah Football Club

Sebaik bermula babak kedua, Sabah FC tidak lagi menoleh kebelakangan apabila Irfan Fazail, Telmo Castanheira, Ramon Machado dan S Kumaarahan terus menambah derita Kelantan FC untuk kedudukan 7-0.

Situasi terbabit menyebabkan Alfredo meninggalkan bangku simpanan walaupun perlawanan belum lagi tamat kerana dipercayai terlalu kecewa pasukannya terus menjadi mangsa belasahan.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan FC mencipta rekod tersendiri apabila dibolosi 102 gol walaupun saingan Liga Super masih lagi berbaki dua perlawanan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *