Kehadiran PM Anwar Di SIC Bukan Sekadar Menonton MotoGP

IMG_9784

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

SEPANG, 1 Nov – Tidak lama selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di Stadium Kajang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergegas pula ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini bagi menyaksikan pelumba MotoGP yang bermula jam 3 petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira 2.15 petang, disambut Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari seterusnya meninjau K2 Hillstand dan beramah mesra dengan para pelumb handalan dunia di grid sebelum perlumbaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Selaku Perdana Menteri, pihak penganjur memberi penghormatan kepada Anwar menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori MotoGP yang disapu bersih oleh Marc Marquez.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Sebenarnya, kehadiran beliau juga menzahirkan sokongan moral kepada peniaga tempatan yang berkampung di litar sepanjang tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November, menerusi inisiatif Litar Rasa MADANI @ MotoGP.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Apabila Perdana Menteri turun sendiri bertanya khabar dan beramah mesra dengan para peniaga kecil, mereka merasakan usaha keras dihargai, dan ia menarik perhatian pengunjung kepada gerai masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Pendekatan sedemikan lanjutan daripada Grand Prix F1 Bahrain di Sepang bulan lalu, Anwar merasmikan Litar Rasa MADANI yang menghimpunkan kira-kira 30 usahawan mikro di bawah KUSKOP.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Matlamat utamanya ialah bagi memastikan limpahan ekonomi acara antarabangsa turut dirasai peniaga kecil. Kesinambungan ini menunjukkan kerajaan menjadikan acara besar sebagai platform memperluas pasaran usahawan tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Kehadiran Perdana Menteri juga menyokong sasaran lebih besar. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan menyasarkan sehingga 200,000 penonton MotoGP berpaksikan momentum F1, manakala SIC sedang memohon lanjutan penajaan PETRONAS selama lima tahun bagi MotoGP Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Walaupun jumlah jualan Litar Rasa MADANI di MotoGP, belum lagi diumumkan, namun limpahan ekonomi telah dapat dirasai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peminat MotoGP di Hillstand K2 sempena perlumbaan Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 1 November 2026. Foto PMO

Penambah baikan selepas F1 juga menjadi keutamaan bagi memastikan para usahawan mampu menjana pendapatan lebih besar malah memberi kepuasan kepada pengunjung yang menyaksikan acara bertaraf antarabangsa itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *