Kecanggihan Teknologi Tidak Boleh Ganti Nurani Manusia – PM Anwar

IMG_9966

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 di Kuala Lumpur pada 3 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 4 Nov – Warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) diingatkan bahawa secanggih mana pun teknologi digital yang diguna pakai, ia tidak mempunyai nilai moral untuk menggantikan akal budi serta nurani manusia.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, pentadbiran percukaian juga tidak boleh bergantung kepada kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan automasi semata-mata, tetapi turut disertai dengan pertimbangan akal fikiran manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 di Kuala Lumpur pada 3 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Teknologi memiliki kepintaran, tetapi tidak dapat menggantikan akal budi, nurani, dan pertimbangan manusia. Justeru, kemajuan teknologi mesti sentiasa dipandu oleh nilai manusiawi.

“Keputusan tidak boleh diserah sepenuhnya kepada teknologi tanpa pertimbangan manusia, khususnya apabila melibatkan hak dan kepentingan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 di Kuala Lumpur pada 3 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata demikian ketika menghadiri sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL 2026) di sini, pada Selasa.

Mengambil ibrah sejarah pentadbiran terdahulu, Anwar merujuk kepada ketegasan Khalifah Umar al-Khattab yang menetapkan bahawa kadar cukai tanah (kharaj) mestilah menilai tahap keupayaan petani dan tidak melampaui kemampuan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 di Kuala Lumpur pada 3 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut menyingkap keberanian bekas Menteri Kewangan Britain, David Lloyd George menerusi People’s Budget 1909 yang berani mengenakan cukai lebih tinggi terhadap pemilik harta dan golongan bangsawan demi mendanai kebajikan rakyat serta pencen warga emas.

Mengaitkan falsafah itu dengan inisiatif moden seperti e-Invois, Anwar berkata teknologi sepatutnya menjadi alat menyempurnakan keadilan, bukan menekan pembayar cukai biasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 di Kuala Lumpur pada 3 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Warga HASiL harus tegas terhadap perbuatan mengelak cukai yang disengajakan. Namun, tetap mengamalkan budi bicara berlandaskan undang-undang kepada pembayar cukai yang memerlukan bantuan dan bimbingan,” jelasnya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *