Keanggotaan MP Petaling Jaya Dalam KEADILAN Dijangka Digantung
Lee Chean Chung dilihat hadir pada pelancaran parti ‘kancil’ bersama Wong Chen pada Mei 2026.
KUALA LUMPUR, 30 Sep – Keanggotaan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dalam KEADILAN dijangka digantung selama tiga tahun, menurut beberapa sumber kanan parti.
Keputusan untuk menggantung keahlian dan bukannya memecat Lee, adalah bagi mengelak parti ‘kancil’ pimpinan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mendapat seorang Ahli Parlimen ‘percuma’ di Dewan Rakyat.
Menurut sumber, KEADILAN sedar akan implikasi memecat Lee, khususnya selepas peletakan jawatan bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang tidak lama kemudiannya menyertai parti itu.

“Jika beliau (Lee) dipecat, tindakan itu seperti menyerahkan seorang Ahli Parlimen kepada Bersama,” kata sumber itu kepada FMT.
FMT menghubungi Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh untuk mendapatkan komen, tetapi masih belum menerima maklum balas.
Seorang lagi pemimpin kanan KEADILAN berkata, Lee dijangka berdepan penggantungan selama tiga tahun.
Sumber itu berkata keputusan tersebut dipengaruhi oleh rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam kalangan akar umbi di cabang Petaling Jaya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
