KEADILAN Sarawak Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Mutang

Mendiang Mutang akan dikenang rakyat Sarawak. Foto Arkib

MIRI, 12 Mei – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak bersama seluruh rakyat Sarawak dengan rendah hati merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarga Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal (gambar) yang meninggal dunia pada pagi Jumaat.

KEADILAN dalam kenyataan medianya berkata, Mutang terkenal dalam masyarakat atas sumbangannya dalam politik, perundangan dan perniagaan.

“Beliau mempunyai etika yang tinggi, mesra dan menghormati orang lain walaupun mempunyai pelbagai perspektif.

Mendiang Mutang akan dikenang rakyat Sarawak. Foto Arkib

“Kami turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepada Mutang untuk memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara,” ujar kenyataan itu.

Jelasnya, beliau merupakan Orang Ulu pertama dilantik memegang jawatan terbabit.

Beliau merupakan rakyat Sarawak ketiga selepas Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku dan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai Abang Muhideen memegang jawatan itu.

“Mutang juga merupakan pengamal undang-undang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas pada 1982 hingga 1990.

“Beliau juga Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu dan Konsul Kehormat Romania di Sarawak.

“Legasi beliau akan menjadi batu loncatan kepada pemimpin sekarang untuk meneruskan ke arah Persekutuan Malaysia yang lebih baik,” tambah kenyataan itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *