KEADILAN Sambut Baik Pelantikan Dr Zaliha Terajui Kementerian Wilayah Persekutuan – Andre Lai

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai mengutus ucapan tahniah dan syabas atas pelantikan Dr Zaliha Mustafa menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan. Foto Andre Lai

KUALA LUMPUR, 15 DisParti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Wilayah Persekutuan menyambut baik pelantikan Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan bagi memberi suntikan baharu kepada kepesatan pembangunan di ketiga-tiga wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ini dinyatakan Naib Pengerusinya Andre Lai yang mengutus ucapan tahniah dan syabas atas pelantikan beliau menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan selepas rombakan kabinet diumum Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 12 Disember lalu.

”Saya mewakili KEADILAN Wilayah Persekutuan mengalu-alukan pelantikan Yang Berhormat Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu selepas pengumuman rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Selasa (12 Disember 2023).

“Pengalaman dan keterampilan beliau menerajui kementerian terdahulu menjadi nilai tambah kepada rakyat yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan ia menjadi bukti bahawa Perdana Menteri mahu seorang menteri yang aktif dan cekap mentadbir hal-ehwal pembangunan dan kemampanan serta kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai mengutus ucapan tahniah dan syabas atas pelantikan Dr Zaliha Mustafa menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan. Foto Andre Lai

Andre yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju bersedia membantu Dr Zaliha dan para pegawai beliau memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat diperkasakan sesuai dengan cabaran dan perkembangan semasa.

Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan pemimpin KEADILAN yang berpengalaman dalam hal ehwal pengurusan DBKL dan Wilayah Persekutuan.

Beliau menyifatkan lantikan ini tepat pada masanya. “Saya mewakili KEADILAN Wilayah Persekutuan juga bersedia membantu Dr Zaliha dari pelbagai bidang yang memerlukan perhatian dan tindakan berkesan dalam memastikan Wilayah Persekutuan kekal menjadi antara penyumbang utama ekonomi negara dan meningkatkan penglibatan rakyat menerusi inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun depan.

“Jangan lupa, Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur merupakan penjana ekonomi negara, oleh itu Dr Zaliha mempunyai tugasan yang amat penting dalam meningkatkan ekonomi negara,” ujarnya lagi.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan pada Selasa, kementerian itu diwujudkan semula bagi menggantikan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sesuai dengan peranan penting wilayah itu sebagai antara penggerak utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022.

Pengalaman dan kepakaran Dr Zaliha Mustafa (tengah) dapat memberi suntikan semangat menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan. Foto Andre Lai

Pelantikan Dr Zaliha disifatkan tepat pada masanya bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi bagi ketiga-tiga wilayah itu kekal pada landasan tepat bersesuaian dengan kerangka Ekonomi MADANI yang digagaskan Perdana Menteri pada 27 Julai lalu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *