KEADILAN Bukan Ahli Liberal International – Fahmi

Kenyataan media yang dikeluarkan Fahmi di Facebook rasmi hari ini. Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 3 NovParti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menafikan dakwaan bahawa parti politik itu menjadi ahli kepada Liberal International seperti yang didakwa sesetengah pihak dan tular di media sosial sejak semalam.

Menurut Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil, sejak kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan parti tersebut dengan sebuah pertubuhan gabungan parti-parti itu bertujuan untuk memburuk-burukkan nama dan imej parti itu.

“Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International, “ujarnya,

Kenyataan media yang dikeluarkan Fahmi di Facebook rasmi hari ini. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, parti tersebut bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin.

Berikut merupakan kenyataan penuh Fahmi mewakili parti hari ini.

KEADILAN BUKAN AHLI LIBERAL INTERNATIONAL

Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan KEADILAN dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.

Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

KEADILAN bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin.

Fahmi Fadzil
Ketua Penerangan KEADILAN
3 November 2023


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *