Kasih Kerajaan MADANI Kembalikan Norida Ke Pangkuan Keluarga Setelah 18 Tahun Terpisah

Norida yang terkandas 18 tahun di perantauan akhirnya dibawa kembali ke tanah air hasil bantuan semua pihak, terima kasih kepada Kerajaan Malaysia MADANI.

MINDA NORAINI NORDIN, 18 Feb – Kasih sayang Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan warga Malaysia bukan sahaja melimpah untuk rakyat yang menetap di tanah air tetapi juga merentasi sempadan negara.

Jika ada laporan anak watan Malaysia hidup sengsara di benua asing Kerajaan MADANI pasti tidak berdiam diri.

Melalui wakil Kerajaan MADANI, pelbagai ikhtiar dilakukan oleh Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera melindungi serta membela nasib mereka.

Dr. Shamsul Anuar Nasarah bersama pasukan menyambut ketibaan Norlida Akmal di KLIA 2 pada 14 Februari lalu.

TINDAKAN PANTAS TANGANI KES-KES LINDUNG RAKYAT MALAYSIA

Tindakan pantas wakil Kerajaan MADANI dalam menangani kes-kes rakyat Malaysia yang sedang menderita terlantar di bumi asing dilaksanakan dengan cara berhemah serta mengikut peraturan serta undang-undang negara yang terbabit.

Terkini- kisah seorang wanita bernama Norida Akmal Ayop yang berjaya kembali ke pangkuan adalah satu lagi bukti kasih Kerajaan MADANI terhadap warga Malaysia menjalar merentasi lautan antarabangsa.

Menyusuri kisah Norida Akmal amat meruntun hati tambahan pula jendela Ramadhan bakal terbuka.

Norida Akmal Ayop yang berjaya kembali ke pangkuan adalah satu lagi bukti kasih Kerajaan MADANI terhadap warga Malaysia menjalar merentasi lautan antarabangsa.

18 tahun terpisah dengan keluarga, Norida Akmal warganegara Malaysia, yang ketika itu mengikuti suaminya warganegara Indonesia bersama anak perempuan ke Lombok Indonesia dan menetap di Lombok, Indonesia kini dibawa pulang ke tanah air.

Rumah tangga Norida runtuh dan tugu cinta yang dibina roboh serta tidak mampu lagi bertahan.

Impian membina mahligai bahagia berkecai, akhirnya Norida hidup sendirian, susah dan daif.

Beliau mencari rezeki sebagai tukang sapu demi meneruskan hidup bersama anak- anak setelah berpisah dengan suaminya yang berkahwin lain.

Norida mencari rezeki sebagai tukang sapu demi meneruskan hidup bersama anak-anak setelah berpisah dengan suaminya yang berkahwin lain.

Setelsh 18 tahun terpisah dengan keluarga tercinta di Malaysia, Ramadan dan Syawal silih berganti langsung tidak peluang untuk bertemu atau dipertemukan.

Hasil kerjasama Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Indonesia terutama pihak Imigresennya Norlida Akmal yang mempunyai dua orang anak iaitu Nur Fateen Akmadiana, lahir di Malaysia, dan merupakan warganegara Malaysia Muhamad Sabani Daniel, warganegara Indonesia kerana lahir di Indonesia telah dapat dibawa balik ke Malaysia.

Rahmat dan ikhtiar bergabung dalam satu misi membawa pulang Norida yang terkandas selama 18 tahun di negara orang yang akhirnya direalisasikan Kerajaan Malaysia MADANI pada 14 Februari 2026.

HIDUP SERBA KEKURANGAN

Hasrat Norlida mahu kembali ke Malaysia diketahui apabila keluarganya di Kg Bukit Sapi Lenggong datang menemui Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datok Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan keadaan Norida Akmal.

Norida yang terkandas 18 tahun di perantauan akhirnya dibawa kembali ke tanah air hasil bantuan semua pihak, terima kasih kepada Kerajaan Malaysia MADANI.

Dr. Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong juga dimaklumkan Norida Akmal berada dalam keadaan serba kekurangan, anak-anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan dan terbiar.

Ekoran itu, misi membawa pulang anak watan Malaysia yang terlantar di Lombok itu dilaksanakan dengan Wisma Putra melalui Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Mereka selamat pulang ke tanah air pada 14 Februari lalu dan disambut oleh Dr. Shamsul Anuar selaku wakil Kerajaan MADANI di KLIA 2 kira-kira pukul 11.35 malam. Turut bersama adalah pegawai-pegawai daripada KDN serta yang terlibat membantu melaksanakan misi murni ini.

Netizen Indonesia Malu Gara-Gara Kes Norida Terkandas

Kini jalan untuk meneruskan kehidupan bagi Norida Akmal kini terbentang luas. Ramadhan dan Raya Aidilfitri tahun ini pasti lebih bermakna.

  • Oleh Noraini Nordin

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *