Kantoi ‘Skodeng’ Prabowo, Ketua Staf Dipecat

Listyo Sigit Prabowo disahkan telah dipecat oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pada 4 November 2026.
JAKARTA, 4 Nov – Presiden Indonesia Prabowo Subianto memecat ketua kakitangannya, Listyo Sigit Prabowo, pada Rabu, sehari selepas bekas Ketua Polis Negara itu ditahan dalam siasatan pemintasan talian (wiretapping), kata pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Listyo dan dua lagi pegawai kanan polis ditahan kerana disyaki mencuri dengar perbualan telefon presiden, menteri-menteri Kabinet dan lain-lain.
Jurucakap Presiden, Prasetyo Hadi memberitahu pemberita dakwaan pemintasan talian itu boleh dianggap sebagai pengkhianatan dan ancaman terhadap keselamatan negara.

Semalam, Ketua Badan Siasatan Jenayah Polis Nasional (Bareskrim), Komisioner Jeneral Asep Safrudin berkata, suspek didakwa mengarahkan supaya nombor telefon dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Pintasan Sah (LIMS) milik polis.
“Ini dilakukan tanpa melalui prosedur pengesahan yang ditetapkan.
“Antara 2025 hingga 2026, suspek didakwa mengarahkan operasi pintasan komunikasi tanpa permohonan bertulis daripada penyiasat atau laporan polis yang berkaitan.
“Pintasan komunikasi itu dilakukan tanpa sebarang kaitan dengan aktiviti penguatkuasaan undang-undang manakala rekod operasi berkenaan kemudiannya dipadamkan pada Oktober 2026,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
