Kakitangan MARDI Maut Disengat Lebah Ketika Ambil Madu

IMG_9161

Jenazah Hafizul Mat dibawa untuk disemadikan pada 24 Oktober 2026.

CHUKAI, 26 Okt – Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) maut selepas disengat lebah ketika mengambil madu di kawasan ladang milik agensi berkenaan di Ayer Putih, dekat sini, semalam.

​Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kejadian pada jam 9.50 pagi itu berlaku ketika mangsa, Hafizul Mat, 40, yang bekerja sebagai pembantu am bersama rakan sekerjanya berada di MARDI Cawangan Kemaman di Kilometer 18, Jalan Ayer Putih.

Hafizul Mat, 40, yang bekerja sebagai pembantu am bersama rakan sekerjanya berada di MARDI Cawangan Kemaman di Kilometer 18, Jalan Ayer Putih pada 24 Oktober 2026.

​Siasatan pihak polis mendapati rakan sekerja mangsa yang berusia 44 tahun sempat menasihati mangsa supaya tidak meneruskan niat mengambil madu memandangkan sarang lebah terletak di atas pokok kering setinggi tiga meter, namun mangsa berkeras mahu melakukannya.

​Mangsa meminta rakannya menunggu sejauh 50 meter sebelum memanjat pokok terbabit dan tiba-tiba diserang ribuan lebah.

Waris Hafizul Mat, berada di Hospital Kemaman sebelum jenazah dibawa untuk disemadikan pada 24 Oktober 2026.

​“Mangsa menjerit kepada rakannya supaya lari kerana lebah telah mengerumuni mangsa, sebelum turun dari pokok dan terus masuk ke dalam lopak air berdekatan bagi mengelakkan disengat lebah.

​“Selepas itu mangsa memaklumkan kaki dan tangannya berasa sakit akibat disengat sebelum keluar dari lopak air dan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami kekejangan,” jelasnya.

​Rakan mangsa kemudian meminta bantuan dua lagi rakan sekerja sebelum menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Kemaman.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 6.42 petang.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *