Kadar Pengangguran Kekal 3.3% Pada Mei, Bilangan Terus Menurun

DOSM berkata kedudukan ekonomi yang optimis pada bulan Mei 2024 telah membolehkan pasaran buruh negara terus berkembang dengan stabil.

PUTRAJAYA, 10 Jul – Kadar pengangguran negara pada bulan Mei tahun ini kekal pada 3.3 peratus, dengan bilangan penganggur terus menurun kepada 566,100 orang.

Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan (DOSM) Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan berkata, kedudukan ekonomi yang optimis pada bulan Mei 2024 telah membolehkan pasaran buruh negara terus berkembang dengan stabil.

Menerusi kedudukan itu, bilangan tenaga buruh pada bulan Mei 2024 terus mengukuh.

Manakala bilangan penduduk bekerja pada bulan Mei 2024 kekal dalam trend positif, dengan peningkatan bulan ke bulan.

Daripada segi sektor ekonomi, hampir dua pertiga penduduk bekerja yang tertumpu dalam sektor perkhidmatan terus menunjukkan peningkatan, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman, serta maklumat dan komunikasi.

Pada masa sama, sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian juga merekodkan pertambahan dalam guna tenaga.

Aktiviti ekonomi dan perniagaan yang terus rancak, ianya telah menyumbang kepada pewujudan lebih banyak pekerjaan serta peluang pendapatan dalam ekonomi, sekaligus akan menggalakkan lebih banyak penyertaan buruh dalam pasaran.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *