Jerebu: Situasi Makin Buruk, Enam Kawasan Catat IPU Berbahaya

Bacaan indeks pencemaran udara tertinggi direkodkan di Serian (408), diikuti Kuching (407), Samarahan (372), Sri Aman (361), Sarikei (333) dan Sibu (309) jam 8 pagi 1 September 2026. Foto APIMS
KUALA LUMPUR, 1 Sep – Setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak enam kawasan di Sarawak merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tahap bahaya.
Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Serian (408), diikuti Kuching (407), Samarahan (372), Sri Aman (361), Sarikei (333) dan Sibu (309).
Tiga kawasan di Sarawak turut mencatatkan bacaan IPU tahap sangat tidak sihat, iaitu Mukah (234), Bintulu (232)dan Samalaju (225).

Kualiti udara di sembilan kawasan pula mencapai tahap tidak sihat, iaitu Institut Latihan Perindustrian Miri (187), Miri (180), Kapit (178), Labuan (167), Limbang (166), Kimanis dan Keningau (156), Tawau (132) dan Johan Setia di Selangor (123).
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
