Jerebu: Semua Sekolah di Johor, Melaka, NS Ditutup Esok – Fadhlina

IMG_8056

Kebakaran hutan di Kalimantan memaksa sekolah kembali ditutup di beberapa negeri pada 14 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan disahkan terus tutup esok susulan jerebu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata penutupan itu turut membabitkan sekolah di beberapa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat keadaan berkenaan.

“Di Selangor, penutupan membabitkan sekolah di bawah PPD Hulu Langat dan Sepang, manakala di Pahang, ia membabitkan PPD Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Di Sabah, penutupan membabitkan PPD Tawau, sementara di Sarawak, ia melibatkan PPD Serian, Sri Aman dan Lubok Antu,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, sekolah di negeri dan daerah lain yang tidak disenaraikan akan beroperasi seperti biasa.

Katanya, sepanjang tempoh penutupan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran murid tidak terganggu.

Sementara itu, katanya semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *