Jerebu: Sambutan Hari Malaysia Diadakan Dalam Bangunan BCCK – Fahmi

IMG_5262

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya pada 2 September 2026. Foto Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA, 2 Sep – Berikutan jerebu yang melanda ketika ini, Sambutan Hari Malaysia ke-69 pada 16 September ini akan tetap diteruskan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.

Bagaimanapun, keseluruhan sambutan diadakan di dalam pusat konvensyen berkenaan ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar Kuching berada pada tahap sangat tidak sihat lebih dua minggu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata Jemaah Menteri mengambil maklum keadaan jerebu yang agak membimbangkan terutama di Kuching dan Serian, yang menyebabkan acara di luar bangunan tidak dapat diteruskan.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya pada 2 September 2026. Foto Kementerian Komunikasi

“Jemaah Menteri membincangkan dan mengambil maklum bahawa Sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang dijangka diadakan pada sebelah malam akan diteruskan di Borneo Convention Centre Kuching ataupun BCCK.

“Jemaah Menteri turut mengambil maklum bahawa keadaan jerebu yang agak membimbangkan di Kuching dan Serian di Sarawak, mengakibatkan acara di luar bangunan tidak dapat diteruskan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Terdahulu, IPU di Kuching setakat jam 3 petang tadi merekodkan bacaan 308 iaitu status berbahaya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web