Jentera Perpaduan Siap Siaga Tawan Sungai Bakap

Kerajaan Perpaduan mengorak langkah memalu gendang PRK Dun Sungai Bakap dengan melancarkan jentera pilihan raya pada Ahad bermula jam 9 malam.

PENDAPAT, 8 Jun – Suhu politik di DUN Sungai Bakap sudah mula panas.

Lebih panas lagi apabila ramai yang tidak sabar-sabar menanti nama-nama calon yang bakal diumumkan bertanding di DUN tersebut.

Tidak terbuai dalam dunia ‘berteka-teki atau berspekulasi’ berkaitan calon – Jentera daripada parti-parti Kerajaan Perpaduan terus mara memperbulatkan muafakat bergerak secara bersepadu untuk menawan kembali Sungai Bakap.

Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan mesyuarat penyelarasan PRK Dun Sungai Bakap pada Ahad. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Malam esok bakal berlangsung pelancaran jentera perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil DUN N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama (BGU) Perpaduan DUN tersebut.

Pelancaran yang dijadualkan bermula jam 9 malam itu pastinya membangkitkan lagi semangat juang para jentera untuk berkempen berhabisan meraih kemenangan bergaya.

Sejak dua minggu lalu pasukan strategik parti-parti sudah mula berkampung untuk menyusun langkah menawan pengundi Sungai Bakap.

Kerajaan Perpaduan mengorak langkah memalu gendang PRK Dun Sungai Bakap dengan melancarkan jentera pilihan raya pada Ahad bermula jam 9 malam.

Jentera perpaduan sudah siap siaga menawan Sungai Bakap.

Untuk rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
telah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Sungai Bakap, manakala hari pengundian adalah pada 6 Julai 2024.

PRK Dun Sungai Bakap adalah PRK kelapan sejak berakhirnya PRU15.

Tujuh PRK sebelum ini ialah Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram, Dun Pelangai, Dun Jepak, Parlimen Kemaman dan Dun Kuala Kubu Bharu.

Sebab itu, PRK Dun Sungai Bakap ini adalah penting buat calon Perpaduan, meskipun kerusi tersebut dimenangi oleh Pas/PN pada PRN pada 12 Ogos 2023 lalu.

Ketua Wanita KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek bersama jentera wanita pasti akan melakukan yang terbaik bagi merampas kembali kerusi DUN Sungai Bakap dari tangan pembangkang pada Julai nanti. Foto Noraini Nordin

Calon KEADILAN sebelum ini ialah Nurhidayah Che Rose, Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang di mana beliau tewas dengan kekurangan 1,563 undi berbanding calon Pas/PN Allahyarham Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia baru-baru ini.

GELANGGANG PERTANDINGAN SUDAH DIBUKA

Dengan pelancaran jentera itu bermakna gelanggang pertandingan sudah sedia dibuka lebih awal untuk seluruh jentera parti-parti daripada Kerajaan Perpaduan memulakan gerak kerja masing-masing di Sungai Bakap.

Ayuh… mari kita bersama turun seramai mungkin ke Sungai Bakap bagi memastikan kerusi DUN tersebut menjadi milik Kerajaan Perpaduan.

  • Oleh Noraini Nordin

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *