Isma Aliff Ditidurkan, Alami Jangkitan Pada Jantung, Paru-Paru

Isma Aliff ketika merakamkan album semasa zamannya sekitar tahun 80-an dan 90-an selain membintangi beberapa buah filem. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pelakon, pelawak dan penyanyi popular 1980-an, Isma Aliff dikhabarkan kini ditidurkan di sebuah hospital.

Perkara itu dimuat naik sahabatnya yang juga pelakon, Ebby Saiful Ali menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

“Mohon pada sahabat-sahabat sekalian untuk mendoakan kesihatan sahabat saya pelakon, pelawak dan penyanyi, Isma Aliff yang kini berada di hospital dan sedang ditidurkan.

“Semoga segera diberi kesembuhan, amin Ya ALLAH,” kongsinya.

Difahamkan, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, 59, berada dalam keadaan kritikal selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Isma Aliff ketika merakamkan album semasa zamannya sekitar tahun 80-an dan 90-an selain membintangi beberapa buah filem. Foto Arkib

Pelakon filem Marah-Marah Sayang itu sudah berada di hospital sejak Jumaat lalu kerana mendapat serangan angin ahmar.

Beliau juga aktif dalam drama dan pernah berlakon di bawah arahan Aziz M Osman pada tahun 2000 menerusi drama Romeo.

Isma Aliff juga pernah menghasilkan empat buah album sendiri iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.

Sama-samalah kita mendoakan agar artis serba boleh ini mendapat kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan insya-Allah.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *