Imam Warga Thailand Dakwa Diugut Beri Maklumat PATI Diseludup

Imam Warga Thailand Dakwa Diugut Beri Maklumat PATI Diseludup

Pengadu meletakkan kenderaan berkenaan di kawasan Jeti Kok Majid kira-kira pukul 7.10 malam sebelum bergerak ke Masjid Pulau Beluru pada 22 September 2026. Foto Google Earth

TUMPAT, 22 Sep – Gara-gara didakwa menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Kepulauan Tumpat di sini, seorang imam warga Thailand mendakwa menerima ugutan pihak tertentu hingga mendatangkan ketakutan.

Dakwaan itu timbul selepas lelaki berusia 30 tahun berkenaan mendapati kereta jenis Honda City milik isterinya yang berwarna putih mengalami kerosakan berupa kesan tompokan cat hitam pada bahagian sisi kiri kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian khianat terhadap kenderaan itu malam tadi.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pengadu meletakkan kenderaan berkenaan di kawasan Jeti Kok Majid kira-kira pukul 7.10 malam sebelum bergerak ke Masjid Pulau Beluru.

“Selepas selesai menunaikan solat Isyak dan kembali ke lokasi kira-kira pukul 9.36 malam, pengadu mendapati terdapat kesan cat pada kenderaan berkenaan.

“Se­belum kejadian, pengadu turut menerima satu tangkap layar daripada rakannya mengandungi kenyataan berhubung dakwaan bahawa beliau telah diugut berkaitan isu pemberian maklumat kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti penyeludupan PATI di kawasan Kepulauan Tumpat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web