Ikon Muzik Lagenda Dolly Parton Sudah Tiada

Mendiang Dolly Parton meninggal dunia pada usia 80 tahun di Nashville sekali gus mengakhiri perjalanan anak seni berpengaruh lebih enam dekad.

NASHVILLE, 25 Ogos – Penyanyi, penulis lagu dan pelakon legenda Amerika Syarikat, Dolly Parton, meninggal dunia pada usia 80 tahun pada Selasa, sekali gus menamatkan kerjaya seni yang menjangkau lebih enam dekad.

Khabar pemergiannya diumumkan oleh anak saudaranya, Bryan Seaver, menerusi satu rakaman video yang dikongsi bagi pihak keluarga Parton. Punca kematian bagaimanapun belum didedahkan.

Parton dilahirkan pada 19 Januari 1946 di Tennessee, dikenali sebagai antara figura paling berpengaruh dalam sejarah muzik country dengan deretan lagu hit termasuk Jolene, I Will Always Love You, 9 to 5 dan Coat of Many Colors. Sepanjang kerjayanya, beliau menjual lebih 100 juta rekod di seluruh dunia dan memenangi 11 Anugerah Grammy.

Selain kejayaan dalam bidang muzik, Parton turut mencipta nama di Hollywood menerusi filem seperti Steel Magnolias dan The Best Little Whorehouse in Texas, selain membangunkan taman tema terkenal Dollywood di Tennessee.

Beliau juga dikenang atas sumbangan kebajikan, khususnya melalui program Imagination Library yang menyediakan buku percuma kepada kanak-kanak bagi menggalakkan budaya membaca.

Sebelum kematiannya, Parton dilaporkan berdepan beberapa masalah kesihatan yang menyebabkan beliau menangguhkan dan kemudian membatalkan beberapa penampilan awam serta persembahan.

Dalam kenyataan keluarga, Seaver menyifatkan mendiang sebagai individu yang membuka peluang kepada generasi pemuzik, penulis lagu dan peminat di seluruh dunia untuk mengejar impian mereka.

Pemergian Parton mencetuskan gelombang ucapan takziah daripada peminat dan tokoh industri hiburan, yang menyifatkannya sebagai ikon budaya serta antara artis paling disayangi dalam sejarah muzik Amerika.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *