Hujan Lebat, Tanah Runtuh Ragut 12 Nyawa Di Brazil

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad. Foto AP

BOGOTA, 24 Mac – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Hujan lebat terutamanya di Petropolis, Rio de Janeiro, dan negeri jiran Espirito Santo menjejaskan wilayah tenggara dan menyebabkan banyak kejadian, termasuk tanah runtuh.

Pasukan pertahanan awam dan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat untuk menangani situasi itu.

Menerusi hantaran di X, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva berkata tragedi alam sekitar seperti itu semakin meningkat susulan perubahan iklim yang menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Beliau menyatakan simpati kepada mangsa dan menegaskan kerajaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta negeri untuk melindungi, mencegah dan membaiki kerosakan akibat banjir.

  • BERNAMA


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *