Helikopter Bawa Naib Presiden Malawi Hilang

Foto menunjukkan pesawat membawa Saulos Chilima tiba dari Korea Selatan di Lilongwe pada Ahad. Beliau bersama sembilan lain dilaporkan hilang. Foto AFP

LILIONGWE, 11 Jun – Sebuah helikopter tentera Malawi yang membawa Naib Presiden negara itu dan lapan orang lain dilaporkan hilang pada Isnin, kata kerajaan.

Saulos Chilima dijadual menghadiri majlis pengebumian Ralph Kasambara, bekas Menteri Kehakiman yang meninggal dunia pada Jumaat, dengan helikopter dinaikinya berlepas dari ibu negara Lilongwe sebelum hilang di utara negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Sehubungan dengan kejadian itu, Presiden Lazarus Chakwera membatalkan lawatan ke luar negara yang dijadualkan dan mengarahkan kedua-dua agensi serantau serta nasional untuk memperhebatkan misi pencarian bagi mengesan pesawat yang hilang, menurut satu kenyataan dari pejabat presiden.

Suasana di negara Afrika selatan itu menjadi muram apabila orang ramai menunggu berita mengenai timbalan presiden.

Beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan tokoh terkenal terkorban dalam nahas helikopter, termasuk terbaharu Presiden Iran, Ibrahim Raisi, yang meninggal dunia bulan lalu dalam nahas.

Jeneral Francis Ogolla yang juga ketua tentera Kenya pada April lalu turut terkorban dalam nahas helikopter.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *