Hasil Siasatan Kes Anak MB Perlis Dijangka Siap Minggu Depan – SPRM

Anak MB Perlis antara lima suspek yang sedang disiasat SPRM dan hasil siasatan dijangka diumum minggu depan.

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak Menteri Besar Perlis dan beberapa individu lain dijangka siap minggu depan.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azmi Kamaruzaman, berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan itu.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman, berkata hasil siasatan dijangka diperoleh minggu depan, menurut sumber daripada FMT.

Anak MB Perlis antara lima suspek yang sedang disiasat SPRM dan hasil siasatan dijangka diumum minggu depan.

“SPRM sedang lengkapkan siasatan, saya harap akan ada keputusan (hasil siasatan) minggu depan, mungkin selewat-lewatnya Rabu depan,” katanya.

Sebelum ini anak lelaki Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April lalu bersama empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu RM600,000.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen membabitkan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

SPRM Siasat MB Perlis Hampir 8 Jam Kes Salah Guna Kuasa

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Pegawai Perhubungan SPRM, Azrai Mohammad sedang dihubungi bagi mendapatkan komen lanjut namun belum ada jawapan.

Dalam perkembangan berkaitan, Azmi turut menafikan dakwaan terdapat lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis akan ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Buat masa ini, dakwaan tersebut tidak betul,” kata Azmi.

Warganet Hairan Harakahdaily Jadi ‘Bisu’ Isu Tangkapan Anak MB Perlis

Azmi turut menafikan sekumpulan anggota SPRM Putrajaya berada di Perlis sejak beberapa hari lalu selepas mendapat maklumat baharu berhubung kes berkenaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *