Hantaran Jelik, Komen Perlekeh Menurun Sejak Ramadan

Antara hantaran di media sosial yang berkongsi kemaskini berkaitan Ramadan di media sosial ketika disemak pada 21 Februari 2026.

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Memasuki hari ketiga Ramadan, trend menunjukkan hantaran jelek, serangan peribadi serta bersifat provokasi menurun berbanding hari-hari biasa sebelum ini.

Malah perkongsian status dan maklumat berkaitan Ramadan dan amalan berpuasa lebih banyak disiarkan berbanding hantaran atau komen jelik menghina atau memperlekehkan pihak lain.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, sebaliknya pemantauan pihaknya mendapati, media sosial dipenuhi dengan doa, fadilat solat serta tazkirah sempena bulan puasa.

Antara hantaran di media sosial yang berkongsi kemaskini berkaitan Ramadan di media sosial ketika disemak pada 21 Februari 2026.

Selain itu, pengguna media sosial juga turut berbalas ucapan selamat berpuasa dan itu menunjukkan impak positif seakan mengadakan ‘gencatan senjata’ di akaun media sosial masing-masing.

Namun tidak kurang juga yang mengemaskini status seperti tips berbuka dan bersahur serta perkongsian mengenai amalan yang patut dilakukan ketika berpuasa.

Antara hantaran di media sosial yang berkongsi kemaskini berkaitan Ramadan di media sosial ketika disemak pada 21 Februari 2026.

“Ini termasuk mereka yang berkongsi kata-kata hikmah dan perkongsian ilmuan agama.

“Banyak klip video ceramah mengenai hukum ibadat wajib dan sunat turut dikongsikan,” katanya.

Siraj berkata, ia secara tidak langsung membuktikan Ramadan membentuk kawalan kendiri dan sosial secara sukarela.

Antara hantaran di media sosial yang berkongsi kemaskini berkaitan Ramadan di media sosial ketika disemak pada 21 Februari 2026.

Ia selari dengan tuntutan Islam bahawa amat penting untuk seseorang itu meningkatkan kualiti ibadah sepanjang bulan puasa.

“Netizen akan berfikir dua kali sebelum menulis komen negatif kerana risiko dikecam oleh yang lain dengan alasan menjaga kualiti puasa.

“Ramai juga yang mengurang screen time, menonton drama atau berbalah di media sosial untuk menghormati Ramadan. Ini cerminan sikap yang baik secara keseluruhan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *