‘Habis Madu Sepah Dibuang’: Hantaran Anthony Loke Kepada Kian Ming?

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mencuri perhatian selepas bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mengumumkan keputusan meninggalkan parti itu pada 31 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – “Habis madu, sepah dibuang.”

Itu hantaran ringkas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mencuri perhatian selepas bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mengumumkan keputusan meninggalkan parti itu hari ini.

Hantaran di Facebook berkenaan bagaimanapun tidak menyebut nama Kian Ming secara langsung, namun waktunya yang muncul pada hari sama pengumuman bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menimbulkan tanda tanya.

Imej tangkap layar hantaran Anthony Loke dipercayai ditujukan kepada Ong Kian Ming yang mengumumkan keluar DAP pada 31 Ogos 2026.

Kian Ming menyertai DAP pada 2012 dan dua kali dipilih sebagai Ahli Parlimen Bangi, yang ketika itu dikenali sebagai Serdang.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain diberikan pelbagai tanggungjawab dalam DAP, khususnya berkaitan strategi dan persiapan menghadapi pilihan raya.

Pun begitu, reaksi warganet bercampur baur mengenai hantaran Ahli Parlimen Seremban itu yang ada di antara mereka meninggalkan komen positif terhadap hantaran pedas itu beberapa jam lalu.

Media difahamkan cuba mendapatkan ulasan Anthony Loke berhubung hantaran itu dalam masa terdekat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *