Guru, Anak Maut MPV Terlanggar Serpihan Kayu, Jatuh Gaung

Keadaan kenderaan dinaiki dua beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Seremban di Rompin, Pahang pada 21 Ogos 2026. Foto X

ROMPIN, 22 Ogos – Seorang guru dan anaknya maut apabila kenderaan dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di KM149.9 Jalan Kuantan-Seremban di sini semalam.

Ketua Polis Rompin, Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata kemalangan kira-kira 9.30 malam itu mengakibatkan Kartinie Ngatenan, 46, dan anaknya Muhammad Akif Mohd Azmi berusia enam tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kemalangan berlaku ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu suami mangsa berusia 47 tahun dalam perjalanan dari arah Seremban, Negeri Sembilan menghala ke arah Felda Keratong di Rompin.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan dipercayai terlanggar kayu di permukaan jalan menyebabkan hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *