Giliran Noryn Aziz Gagal Mara Ke Suku Akhir Gegar Vaganza 2023

Perjuangan Noryn Aziz terhenti di minggu kesembilan pada pertandingan All Stars Gegar Vaganza 2023. Foto mStar

SHAH ALAM, 19 Nov – Penyanyi jazz Noryn Aziz gagal meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) apabila diumumkan peserta tersingkir pada konsert minggu kesembilan yang diadakan pada malam Ahad.

Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz, 47, tersingkir selepas mendapat kedudukan tercorot menerusi persembahan lagu Tegar nyanyian asal Rossa bersama penyanyi undangan Dia Fadila.

Persembahan itu gagal mencuri hati juri dan terpaksa akur dengan penyingkiran tersebut.

Juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat berkata, lagu yang dibawa Noryn agar sukar dinyanyikan bersama pasangan duet dalam mendapatkan vokal harmoni.

Malah Syafinaz turut menegur riak wajah Noryn yang dikatakan terlalu berkerut apabila menyanyikan nada tinggi.

Perjuangan Noryn Aziz terhenti di minggu kesembilan pada pertandingan All Stars Gegar Vaganza 2023. Foto mStar

“Saya nampak lagu ini melodinya mencabar untuk dinyanyikan secara harmoni.

“Saya rasa anda berdua telah melakukan persembahan yang baik tapi kalau dapat ‘main’ dinamik kita akan lebih feel.

“Cuma saya nak pesan boleh tak menyanyi jangan berkerut. Kamu perlu lebih relaks,” katanya.

Sementara itu, Jaclyn Victor membuat kejutan apabila mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 82.8 peratus meskipun mengalami masalah suara sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Manakala tempat kedua pula milik Tomok dengan 77 peratus dan Hady Mirza (73.25 peratus).

Penyanyi Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.

Kedudukan Peserta Minggu Kesembilan Dan Lagu Minggu Kesepuluh (Suku Akhir) All Stars Gegar Vaganza 2023

1. Jaclyn Victor – Conga (Gloria Estefan feat. Miami Sound Machine) dan Asereje (Las Ketchup)

2. Tomok – Cup Of Life (Ricky Martin) dan Melodi Hati (Shawn Baharin)

3. Hady Mirza – Orak Arek (Zainal Abidin) dan Mak Siti (Blues Gang)

4. Nikki Palikat – Perhaps, Perhaps, Perhaps (Desi Arnaz) dan Macarena (Los Del Rio)

5. Liza Hanim – Samudera (Nora Ariffin) dan Yaladan (S. Fauziah & Orkes Ghazal Sri Maharani)

6. Naqiu – Bol Radha Bol (Mukesh) dan Ala Emak Kawinkan Aku (Zainordin Md Dom)

7. Siti Nordiana – Mehndi Laga Ke Rakhna (Lata Mangeshkar & Udit Narayan) dan Ayam Den Lapeh (Elly Kassim)

8. Azharina – La Bamba (Ritchie Valens) dan Rambu Ramba (Noorshila Amin)

9. Aliff Aziz – Cindai (Siti Nurhaliza) dan Gambus Jodoh (P. Ramlee)

Tersingkir:

Noryn Aziz – Juara GV 5

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *