Gencatan Senjata Gesaan Biden Bukti Israel Kalah?

WASHINGTON, 17 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhenti berbalas serangan dengan Palestin dan mendesak gencatan senjata segera dilakukan.

Rumah Putih berkata, Biden dalam panggilan telefon kepada Netanyahu, menyatakan sokongan bagi gencatan senjata dan membincangkan pembabitan AS, Mesir dan sekutu lain.

Biden setakat ini menolak untuk bergabung dengan pemimpin dunia lain, selain ramai ahli parti Demokrat menggesa supaya gencatan senjata segera dilakukan di Israel.

Rumah Putih dalam kenyataan berkata, Biden mengulangi pesanannya berhubung ‘sokongan tegas terhadap hak Israel mempertahankan diri daripada serangan roket sembarangan’, selain ‘menyokong semua usaha dilakukan Israel bagi memastikan orang awam dilindungi’.

Rumah Putih bagaimanapun enggan mengutuk setiap aspek serangan tentera Israel yang sedang berlangsung, selain menjelaskan justifikasi sekutu rapat AS itu bertindak balas terhadap bedilan roket Hamas.

Pegawai mencadangkan supaya pandangan lebih kritikal disampaikan secara tertutup.

Kira-kira 3,000 roket Hamas mendarat di beberapa kawasan kejiranan Zionis Israel sejak lebih seminggu lalu termasuk lapangan terbang kedua tanpa mampu dihalang berkemungkinan memaksa Biden berbuat demikian.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *