Gempa Bumi Sederhana Magnitud 5.8 Gegar Sumatera Utara
Gempa sekuat 5.8 melanda Meulaboh, Sumatera Utara jam 6.37 pagi waktu tempatan pada 4 Oktober 2026. Foto MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Satu gegaran gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.8 berlaku di Sumatera Utara pada jam 7:37 pagi tadi waktu Malaysia (6.37 pagi waktu tempatan).
Gegaran tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bahawa gempa bumi itu berlaku pada koordinat 4.6 darjah Utara dan 96.3 darjah Timur.
Pusat gempa bumi berkenaan terletak kira-kira 59 kilometer timur laut dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 30 kilometer.
“Gegaran mungkin dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” maklum MetMalaysia.
Lokasi berkenaan juga pernah dilanda gegaran sekuat magnitud 6.5 pada 3 Mac lalu kira-kira jam 12.56 tengah hari berpusat 2.0 darjah Utara dan 96.5 darjah Timur pada kedalaman lebih cetek kira-kira 10 kilometer.
Satu lagi gempa turut berlaku di Rantau Sumbawa, Indonesia pada jam 6.55 pagi tadi waktu Malaysia.
Gempa bumi itu direkodkan pada koordinat 9.7 darjah selatan dan 118.9 darjah timur.
Ia direkodkan pada jarak 140 kilometer (km) selatan dari Bima, Indonesia pada kedalaman 87km.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
