Gempa Bumi Sederhana Gegar Perairan Sandakan

IMG_7435

Pusat gempa berkenaan dikesan berkoordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer di perairan Sandakan pada 6 Oktober 2026.

SANDAKAN, 6 Okt – Satu gegaran gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.0 melanda sekitar perairan Sandakan pada 9.11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa berkenaan dikesan berkoordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut METMalaysia, lokasi pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 48 kilometer di timur Lahad Datu.

Pusat gempa berkenaan dikesan berkoordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer di perairan Sandakan pada 6 Oktober 2026.

“Kesan gegaran akibat insiden berkenaan dilaporkan turut dirasai di sekitar kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya.

Susulan itu, MetMalaysia akan terus memantau rapat perkembangan semasa susulan insiden gempa berkenaan.

“Orang awam yang merasai gegaran tersebut diminta mengisi borang soal selidik menerusi pautan rasmi di https://forms.gle/fMioquNhRNQGCbZVA bagi membantu proses pengumpulan maklumat lapangan.

“Sebarang maklumat lanjut akan dilaporkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *