Gempa Bumi Lemah Magnitud 3.5 Dirasai Di Ranau
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 menggegarkan Panginatan di Ranau, Sabah pagi 3 Oktober 2026. Foto MetMalaysia
RANAU, 3 Okt – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 menggegarkan Panginatan, di sini, pagi ini dengan gegaran turut dirasai penduduk di sekitar daerah berkenaan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berlaku jam 10.57 pagi pada koordinat 5.9 darjah utara dan 116.7 darjah timur.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.
MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan mengisi borang soal selidik yang disediakan jabatan itu bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kejadian.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

