Gegaran Kuat Magnitud 6.4 Dikesan Di Afrika Selatan

Pusat gempa dengan magnitud 6.4 berlaku lebih 2,000 kilometer dari Port Elizabeth, Afrika Selatan. Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 10 Jul – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud melanda kawasan selatan di Afrika Selatan pada pukul 12.55 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gempa dengan kedalaman 14 kilometer (km) itu berlaku pada jaraj 2,143 km ke selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa sekuat 6.7 dengan kedalaman 10 kilometer berlaku pada 4.55 pagi waktu tempatan dan turut dilaporkan Agensi Geosains Australia (GA) jam 1 tengah hari tadi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *