Gara-Gara Simbol ‘Serigala’, Erdogan Umum Hadir Euro 2024

Erdogan akan hadir pada perlawanan Euro 2024 di Berlin walaupun Demiral digantung perlawanan. Foto Daily Mail

ANKARA, 5 Jul – Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan mengumumkan untuk menghadiri perlawanan suku akhir Euro 2024 di Berlin selepas kontroversi mengenai perayaan gol pemain bola sepak negaranya yang menunjukkan simbol ‘serigala’ sebelum ini.

Perkara itu dilaporkan oleh CNNTurk dan media Turkiye lain hari ini.

Erdogan membela tindakan yang dilakukan Merih Demiral dengan berkata, “Adakah sesiapa bertanya mengapa jersi kebangsaan Jerman mempunyai burung helang, atau jersi Perancis terdapat seekor ayam jantan?.

“Merih (Demiral) menunjukkan kegembiraannya dengan menunjukkan simbol itu,” kata Erdogan semasa penerbangan dari Kazakhstan seperti yang dilaporkan oleh wartawan.

Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) menjatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan kepada Demiral atas simbol ‘serigala’ yang mempunyai unsur politik semasa kemenangan Turkiye ke atas Austria dalam perlawanan peringkat 16 terakhir Rabu lalu.

Turkiye akan bertemu Belanda dalam perlawanan suku akhir pada hari Ahad di Olympiastadion, Berlin.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *