Gangguan Seksual Pelajar: Fadhlina Arah JPN Perak Siasat Pengetua

IMG_9117

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Perak menyiasat dakwaan seorang pengetua melakukan gangguan seksual terhadap pelajar, susulan hantaran tular di Threads. Foto Threads

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pengetua melakukan gangguan seksual terhadap pelajar yang tular di media sosial.

Menurut beliau, pengetua terbabit juga sudah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk buat sementara sehingga siasatan selesai.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi komen menerusi akaun miliknya di hantaran tular insiden itu di Threads, hari ini.

Terdahulu, hantaran tular berkenaan memohon ibu bapa dan masyarakat di Teluk Intan, Perak supaya berhati-hati berikutan dakwaan membabitkan pengetua di sebuah sekolah menengah kerajaan.

Ia termasuk gangguan seksual serta mesej berunsur romantik kepada seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 selain dakwaan mengenai hubungan sulit.

Hantaran itu juga meminta semua pihak mengambil serius perkara itu demi keselamatan pelajar dengan melakukan siasatan dan tidak mengabaikan dakwaan sedemikian.

Menerusi satu video tular, lelaki dipercayai pengetua itu berdepan beberapa wanita yang mahu mendapatkan penjelasannya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *