Gaji Minimum RM2,000 Dan Gaji Permulaan RM2,500 Sinar Baharu Buat Pekerja

IMG_9363

Penanda aras RM2,500 memberi rujukan jelas kepada majikan dan pencari kerja serta mengurangkan jurang antara kemahiran dan upah. Foto Janaan AI

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Pengenalan gaji minimum yang naik daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan bermula Jun tahun depan, bersama pengenalan gaji permulaan RM2,500 bagi pekerjaan separa mahir dan graduan, diharap dapat meningkatkan kuasa beli rakyat, memperkukuh produktiviti dan memperbaiki struktur penggajian negara.

Kadar minimum baharu yang berkuat kuasa mulai Jun 2027 memberi tambahan RM300 sebulan kepada pekerja berpendapatan rendah, kumpulan yang paling terkesan disebabkan kenaikan kos makanan, sewa dan pengangkutan. Wang tambahan ini biasanya dibelanjakan di peniaga setempat, justeru ia turut menggerakkan ekonomi domestik.

Walaupun gaji minimum hanya menetapkan lantai, graduan dan pekerja separa mahir sering menerima gaji permulaan yang tidak setimpal dengan kelayakan. Penanda aras RM2,500 memberi rujukan jelas kepada majikan dan pencari kerja serta mengurangkan jurang antara kemahiran dan upah. Ia selari dengan peningkatan penanda aras gaji sara hidup GLIC dan GLC kepada RM3,400.

Maka sudah pasti gaji lebih tinggi menggalakkan peningkatan produktiviti termasuk membolehkan majikan melabur dalam latihan, automasi dan kecekapan pengurusan, manakala pekerja yang dibayar adil cenderung lebih komited dan kurang berhijrah ke negara jiran.

Menerusi Belanjawan 2027, PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta diberi pengecualian awal untuk menyesuaikan kos, dan perincian pelaksanaan penanda aras RM2,500 masih menunggu penjelasan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Kenaikan gaji turut menambah caruman wajib majikan namun yang paling penting, kerajaan juga perlu mengawal harga barang supaya kenaikan pendapatan tidak dihakis inflasi menjelang Jun tahun depan.

Sekurang-kurangnya, dengan pelaksanaan gaji minima dan gaji bagi pekerja mahir dan separa mahir akan dapat membantu menyusun struktur penggajian yang akan membolehkan lebihan gaji digunakan bagi tujuan bermanfaat seperti simpanan jangka panjang atau pendidikan lebih baik.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *