Gagal Tangani Kecurangan, Ketua Jabatan Tak Naik Pangkat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun 2024 di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan supaya ketua jabatan atau unit disekat kenaikan pangkat sekiranya didapati mengetahui berlaku kecurangan dalam jabatan mereka, namun tidak mengambil sebarang tindakan.

Perdana Menteri berkata, kaedah hukuman itu bagaimanapun akan ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

“Mengapa dalam jabatan umpamanya, ada ketua jabatan, KSU (Ketua Setiausaha), Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Pengarah, tak mungkin dari atas tahun sampai ke bawah.

“Kalau nampak dengan terang salah laku, kenapa ketua jabatan tidak lapor, kenapa ketua unit tidak tahu, saya kadang-kadang fikir kerana amalan ini sudah berlaku bertahun-tahun, mustahil tidak ketahui.

“Maka saya akan syorkan kepada KSN, mesyuarat dalam terdekat ini, dalam keputusan kita mengenai penyelarasan gaji, kita tetapkan seorang ketua jabatan atau unit tidak akan diberikan kenaikan pangkat, sekiranya diketahui di bawahnya itu (ada kecurangan) dan tidak dilaporkan, tidak diizinkan terus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Jun di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta beberapa menteri kabinet.

  • Oleh Mohamad Iskandar Ibrahim


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *