Fitnah: Guan Eng Mulakan Tindakan Undang-Undang Ke Atas Siti Mastura

Guan Eng memberi tempoh selama 48 jam untuk Siti Mastura memberikan penjelasan dan telah pun tamat menyebabkan Pengerusi DAP itu bertindak memulakan tindakan undang-undang. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Tempoh 48 jam yang diberikan telah tamat dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng memulakan tindakan undang-undang terhadap ahli Parlimen Kepala Batas dari Pas, Siti Mastura Muhammad kerana mendakwa beliau mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin komunis Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua (mendiang), dan perdana menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew (mendiang).

Guan Eng berkata beliau telah melantik peguam Sankara Narayanan Nair untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura.

Beliau juga menggesa Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka terhadap dakwaan yang dibuat Siti Mastura.

“Saya telah melantik Sankara Narayanan Nair sebagai peguam saya untuk memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura atas ucapan kebenciannya terhadap saya.

Guan Eng memberi tempoh selama 48 jam untuk Siti Mastura memberikan penjelasan dan telah pun tamat menyebabkan Pengerusi DAP itu bertindak memulakan tindakan undang-undang. Foto Arkib

“Siti Mastura membuat ucapan kebencian itu di sebuah acara Pas di Kemaman pada 4 November lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu sebuah video ucapan pada Himpunan Jentera Muslimat dan Ameerah P040 Kemaman, Terengganu yang dimuat naik di media sosial itu, Siti Mastura, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang itu juga mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dengan pemimpin DAP lain iaitu Teresa Kok, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

“Tindakan seperti ini amat melampau dan keterlaluan, saya rasa ini mencerminkan politik perkauman, ekstremisme dan fitnah yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Pas,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, semalam.

Beliau berkata tuduhan itu juga dipercayai dibuat untuk merendahkan kredibiliti kepimpinan DAP dan berbaur perkauman.

”Kita rasa sangat kurang senang hati dengan tuduhan yang melampau ini… saya rasa ini tidak patut berlaku dalam negara di mana kita bukan sahaja daripada masyarakat yang majmuk tetapi kita harus berjuang untuk semua tanpa kira kaum tanpa kira latar belakang,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *