Fitnah: Gagal Capai Persetujuan, Bicara Terhadap Siti Mastura Diteruskan

Siti Mustara Muhammad semasa dipanggil ke Bukit Aman atas fitnah yang dilemparkan terhadap tiga pemimpin DAP pada 4 November 2023. Foto The Star

GEORGE TOWN, 15 Mei – Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan dua lagi pemimpin kanan parti itu serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah ketiga-tiga mereka terhadap wakil rakyat Pas itu melalui proses mediasi, hari ini.

Peguam yang mewakili Lim, veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, Datuk Sankara Narayanan Nair berkata kes tersebut, akan dibicarakan di mahkamah bermula 2 September ini.

“Proses mediasi bermula 11 pagi tadi, tetapi semua pihak tidak dapat mencapai persetujuan, oleh itu sesi ini tidak berjaya. Kita akan ke mahkamah untuk perbicaraan, namun kami tidak boleh mendedahkan lebih banyak.

Siti Mustara Muhammad semasa dipanggil ke Bukit Aman atas fitnah yang dilemparkan terhadap tiga pemimpin DAP pada 4 November 2023. Foto The Star

“Perbicaraan akan bermula pada 2 September. Ia akan menjadi perbicaraan bersama, ia telah digabungkan,” katanya kepada pemberita selepas proses mediasi di luar Bilik Mediasi Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Turut hadir Siti Mastura dan peguamnya Mohd Faizi Che Abu.

Pada November 2023, media melaporkan ketiga-tiga pemimpin DAP tersebut memfailkan saman fitnah terhadap Siti Mastura, berhubung ucapan beliau dalam ceramah ketika Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

‘Lim Kuan Yew’: Saman Tiga Pemimpin DAP Terhadap Siti Mastura Bermula 2 September

Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Fitnah: Guan Eng Mulakan Tindakan Undang-Undang Ke Atas Siti Mastura


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *