Finas, Perkeso Akan Meterai MoU Jamin Aspek Keselamatan Pekerja Industri Seni – Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada 50 penggiat seni pada Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Seniman 2024 di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang, Kuala Lumpur. Foto Facebook Finas

KUALA LUMPUR, 22 MacMenteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi memastikan aspek keselamatan pekerja dalam industri seni terjamin.

Aspek keselamatan sosial sering kali tidak dibincangkan, justeru dengan adanya MoU berkenaan keselamatan para seniman dan penggiat industri akan lebih terjamin.

“Bagi menjamin keselamatan sosial para seniman dan juga mereka yang terlibat dalam aktiviti penggambaran, ini adalah langkah positif yang kita harap akan dapat membantu memastikan sekiranya apa-apa berlaku, nauzubillah kepada artis dan kru maka setidak-tidaknya ada beberapa perkara asas yang dapat dibantu,” katanya.

MoU yang bakal dimeterai itu akan memanfaatkan hampir 5,000 penggiat industri.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada 50 penggiat seni pada Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Seniman 2024 di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang, Kuala Lumpur. Foto Facebook Finas

Fahmi berkata ketika menghadiri Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Seniman 2024, anjuran FINAS di Studio Sound Stage, Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Fahmi turut menyerahkan sumbangan kepada 50 penggiat industri seni tanah air.

Antara artis yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, Datuk Afdlin Shauki Aksan, Datuk Norman Abdul Halim serta artis veteran yang kurang bernasib baik.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *