Festival Naga, Unicorn Dan Singa 2024 Mampu Tarik Pelancong Sempena Tahun Baharu Cina

Christina (tengah) bersama tetamu kehormat lain mengabadikan kenangan bergambar kenangan pada festival itu.
KOTA KINABALU, 29 Jan – Penganjuran Festival Naga, Unicorn dan Singa 2024 dipuji kerana berjaya menarik minat pelancong asing untuk bersama-sama menikmati suasana sambutan Tahun Baharu Cina di Sabah.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, program yang dianjurkan Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK) berjaya menarik pelancong dari Beijing China, Timur Tengah dan Eropah serta pelancong domestik.’
“Saya memuji usaha USCCAKK yang dipimpin Datuk Susan Wong kerana mengambil inisiatif untuk memasukan acara pertandingan tarian dalam festival ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Tarian anjuran USCCAKK yang diadakan di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Susan berharap festival itu mampu menarik lebih ramai pelancong asing dimasa hadapan.
Pada pertandingan itu, BeFox Crew, dengan tarian bertemakan ‘Gravity’, berjaya menewaskan 19 peserta lain, seterusnya menjadi johan dengan hadiah wang tunai RM3,000.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
