Fahmi Seru Pemimpin KEADILAN Manfaat Komuniti MADANI Sebar Insiatif Kepada Rakyat

Ketua Penerangan KEADILAN yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap sempena majlis Ulang Tahun ke-25 KEADILAN bagi Zon 6 Sabah di Tawau pada Sabtu. Foto Fekrie

TAWAU, 18 Mei – Pemimpin dan penggerak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu memanfaatkan kewujudan Komuniti MADANI bagi menyebarkan dasar-dasar dan inisiatif kerajaan kepada golongan sasar termasuk di Sabah.

Sambil mengimbau liku-liku perjuangan dalam parti, Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil berkata peranan Ketua Cabang sebagai teraju utama parti di peringkat parlimen boleh ditambah baik dengan memainkan peranan bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Ketua Penerangan KEADILAN yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap sempena majlis Ulang Tahun ke-25 KEADILAN bagi Zon 6 Sabah di Tawau pada Sabtu. Foto Fekrie

“Sebagai Pengarah Komunikasi parti paling lama berkhidmat sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamanahkan saya sebagai Ketua Penerangan, saya berharap agar ketua-ketua cabang boleh bergiat aktif dalam Komuniti MADANI membantu kerajaan menghebahkan inisiatif yang ditawarkan kepada rakyat.

“Oleh sebab itu, saya melantik Razeef Rakimin sebagai Pegawai Perhubungan Menteri di MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) bagi tuan-tuan menyalurkan maklumat tentang isu-isu telekomunikasi di kawasan masing-masing,” katanya pada program Ulang Tahun ke-25 KEADILAN bagi Zon 6 Sabah di sini malam ini.

Ketua Penerangan KEADILAN yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap kepada pemimpin parti cabang sempena majlis Ulang Tahun ke-25 KEADILAN bagi Zon 6 Sabah di Tawau pada Sabtu. Foto Fekrie

Terdahulu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua cabang zon berkenaan bagi mengetahui permasalahan yang timbul di kawasan mereka.

Antara yang hadir termasuklah Razeef yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN selaku Ketua Cabang Tuaran, Mohd Amin Abdul Mem (Ketua Cabang Semporna), Fung Thien Yien (Ketua Cabang Tawau), Romansa Lamin (Ketua Cabang Silam) dan Ketua Cabang Kalabakan, Roslan Sapar.

Sebahagian pemimpin parti KEADILAN hadir pada majlis Ulang Tahun ke-25 KEADILAN bagi Zon 6 Sabah di Tawau pada Sabtu. Foto Fekrie

Beliau dalam rangka lawatan kerja ke Tawau dan Semporna hari ini bagi meninjau pelaksanaan menara telekomunikasi menerusi program Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 membabitkan pembinaan sebanyak 400 buah di negeri ini.

Selain itu beliau mengunjungi Pusat Maklumat Sebaran Nasional (NADI) di Pulau Bum-Bum yang beroperasi sejak November 2017 dan dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada penubuhan pusat itu.

Beliau memberitahu kementeriannya menambah sebanyak 14 lagi NADI di negeri ini bagi memupuk gaya hidup digital dalam kalangan masyarakat setempat menjadikannya kepada 132 buah berbanding 118 sebelum ini.

Beliau kemudiannya memberi ruang kepada pimpinan parti mengemukakan pandangan semasa sesi soal jawab tentang isu-isu semasa politik dan usaha kementeriannya memperkasakan hubungan antara kerajaan dan rakyat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *